Company Logo

TERMA DAN SYARAT PUSAT TUISYEN JOM SKOR A (PTJSA)

Dengan mengakses atau menggunakan laman web kami, anda bersetuju untuk mematuhi syarat yang digariskan di sini. Sila baca syarat ini dengan teliti sebelum menggunakan perkhidmatan yang disediakan.

IBU BAPA/PENJAGA

  1. Menjadi tanggungjawab ibu bapa/penjaga membayar yuran bulanan tuisyen SEBELUM ATAU PADA 10 HARIBULAN setiap bulan.
  2. Yuran tidak akan dikembalikan sekiranya ibu bapa memberhentikan atau anak-anak Tuan/Puan diberhentikan.
  3. Ibu bapa yang gagal memaklumkan kepada pihak PTJSA tentang ketidakhadiran anak-anak tuan/puan wajib membayar penuh yuran pada bulan tersebut.

PELAJAR

  1. Pelajar perlu hadir ke kelas seperti yang dijadualkan.
  2. Tiada kelas ganti akan diadakan sekiranya pelajar gagal hadir ke kelas seperti yang telah dijadualkan.
  3. Pelajar dikehendaki memakai pakaian yang bersesuaian dan menutup aurat ketika menghadiri kelas tuisyen.
  4. Pelajar dikehendaki menjaga adab-adab belajar ketika berada di dalam kelas.
  5. Pelajar dilarang merosakkan harta benda PTJSA. Sekiranya ia berlaku, pihakIbu bapa / penjaga / pelajar wajib membayar ganti rugi kerosakan yang telah dilakukan. Pembayaran perlu diberi kepada guru besar PTJSA, Cikgu Nur Syazwani Hamid (NSH) atau guru kelas.

YURAN

  1. Kaedah pembayaran adalah secara “BAYAR DAHULU & BELAJAR” bermaksud ibu bapa / penjaga perlu menjelaskan pembayaran yuran SEBELUM 10 HARIBULAN setiap bulan.
  2. Yuran bulan wajib dibayar walaupun pelajar hanya hadir 1 kelas dalam bulan tersebut.
  3. Yuran bulanan perlu dijelaskan melalui cara: - Bank in ke Akaun Maybank Pusat Tuisyen Jom Skor A: 508207626123 sahaja.

KELAS TUISYEN

  1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas kegagalan pelajar untuk menghadiri kelas yang dijadualkan dan tiada kelas ganti akan diadakan.
  2. Sekiranya masalah berpunca daripada guru, maka kelas ganti perlu diadakan.
  3. Pihak kami berhak menukarkan jadual kelas tanpa persetujuan ibu bapa / penjaga dan pelajar.
  4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas keselamatan pelajar semasa pergi dan pulang di luar waktu pengajaran.
  5. Pihak kami berhak menegur sebarang salahlaku pelajar sepanjang kelas pembelajaran.
  6. Cuti umum, segala kelas tuisyen akan dibatalkan dan tiada kelas gantian akan diadakan. Walaubagaimanapun, kelas tersebut akan digantikan pada bulan lain yang mempunyai 5 minggu.(1 bulan = 4 kali kelas)
  7. Sebarang komen / pendapat / teguran dan pandangan yang berkaitan PTJSA boleh berhubung terus dengan dengan guru besar PTJSA, Cikgu Nur Syazwani Hamid (NSH) di talian 017-6607605.

PEMBERHENTIAN PELAJAR

  1. Pelajar akan diberhentikan dari PTJSA sekiranya tidak hadir ke kelas tuisyen sebanyak tiga (3) kali berturut-turut dan gagal memaklumkan ketidakhadiran kepada pihak PTJSA.
  2. Pihak PTJSA Berhak MEMBERHENTIKAN pelajar semerta-merta sekiranya tidak menerima yuran sehinga akhir bulan tersebut. Segala jenis yuran tidak akan dipulangkan.

BUKU

  1. Setiap pelajar akan diberi buku latihtubi/ masing-masing dan akan dibenarkan diabawa pulang sekiranya terdapat kerja rumah yang perlu disiapkan.
  2. Bahan pengajaran HANYA akan diberikan kepada pelajar yang telah menjelaskan yuran bahan pengajaran sahaja.
  3. IBU BAPA/ Pelajar perlu bertanggungjawab mengganti semula ATAU membayar buku latihan ini mengikut harga semasa buku tersebut sekiranya pelajar menghilangkan atau merosakkan buku latihan tersebut.

**PTJSA berhak mengubah terma syarat dari masa ke semasa sekiranya perlu**